PROFIL SEKOLAH



Misi Sekolah

Bagi merealisasikan SMK Seksyen 7  sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi maka semua warga sekolah akan memberikan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan dalam semua aspek dengan memberikan tumpuan yang berpaksikan ‘Konsep 6M’, iaitu:




  • Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
  • Melahirkan personaliti unggul
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi
  • Menjalinkan permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara



Visi Sekolah

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2014

 

Moto Sekolah

 

Ilmu, Amal, Iman; Unggul Membina Insan

 

Budaya Kerja Sekolah



Memahami dan menghayati:
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pelajaran mementingkan mutu dan kesan pendidikan

PIAGAM PELANGGAN SMKS7


Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam dengan penuh tekad, iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
  • Membangunkan potensi yang ada pada diri setiap pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memberi layanan mesra dan berhemah serta sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  • Memberi layanan kasih sayang sama rata antara pelajar dengan mengamalkan slogan “Muridku Anakku Sayang”.
  • Membentuk iklim sekolah yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran dengan mengamalkan konsep “Sekolahku, Rumahku”
  • Berganding bahu antara warga pendidik dan staf sekolah supaya lebih komited, berdedikasi, berdisiplin, prihatin, kreatif dan produktif serta memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Menjadikan SMK Seksyen 7 sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh masyarakat.